Sunday, November 15, 2009

Ceritera Ayahku

Sukar untuk meluahkan kisah lama yang terpendam dilubuk hatiku. Tetapi, aku akan tetap coretkan ceritera cinta ayahku terhadapku agar aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku seorang ayah yang memahami diriku ini. Dahulu, ayahku sanggup melabur segala wangnya untuk menjadikan aku pandai berbicara bahasa Inggeris. Di saat itu, naluriku memberontak dan meronta-ronta tidak mahu ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris di Chendering, Kuala Terengganu. Namun, ayahku tetap memaksaku belajar Bahasa Inggeris. Keazamanku makin menebal untuk belajar bahasa Inggeris ini ketika diriku menyedari pengorbanan yang ayahku tempuhi pada suatu petang. Kejadian ini bermula ketika ayahku berdegil untuk menghantarku ke kelas tuisyen walhal ayahku mengalami demam yang teruk. Aku menangis dan terus menangis menyedari niat mulia ayahku. Aku merasa terharu dengan pengorbana ayahku yang tak pernah jemu mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya. Aku nekad aku akan membayar segala jasa baik ayahku waluapun tak terbayar nilai wang ringgit. Aku nekad dan aku akan bekerja keras untuk memberi kehidupan yang sempurna kepada ayahku.
"Abang Chik sayang ayoh".............................................

No comments: